Wednesday, January 7, 2009

PAS perlu berubah

Kerancakan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu nampaknya mengecewakan banyak pihak dalam parti kita, PAS. Usaha melobi dan mengetengahkan semula bekas Ahli Parlimen (MP) yang tewas kepada arwah MP dari BN dalam 2 pilihanraya umum yang lepas tidak mendatangkan apa-apa hasil. Kekerasan hati dan sikap tidak memperdulikan suara generasi muda dalam PAS dijangkakan akan menyebabkan kekalahan PAS dalam pilihanraya ini.

Suara generasi muda yang mahukan Dr. Syed Azman sebagai wakil mereka diketepikan sama sekali oleh pimpinan tertinggi PAS, Tuan Guru Hadi Awang (TGHA) kerana ketakutan beliau disaingi oleh pemimpin muda ini. Apatah lagi telah timbul ura-ura sebelum ini bahawa Dr Syed Azman mungkin akan menjadi Menteri Besar sekiranya PAS memerintah Trengganu. Ketakutan dan sikap tidak yakin TGHA ini diterjemahkan beliau secara nyata dengan mengenepikan juga hasrat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) yang mahu melihat Mohamad Sabu menjadi calon di Kuala Trengganu. Sikap dan tindakan TGHA yang membelakangkan pandangan TGNA selaku pakar rujuk parti sebenarnya adalah satu perkara yang cukup memalukan bagi parti kita.

TGNA yang telah menjadi MB sejak 1990 di Kelantan dan masih bertahan sampai hari ini sedangkan TGHA adalah MB sepenggal yang telah ditewaskan oleh parti Barang Naik(BN) dengan begitu mudah sekali. Perbandingan pengalaman dan pandangan jauh diantara kedua-dua pemimpin ini sebenarnya menguatkan keyakinan kita bahawa sudah sampai masanya TGHA memuhasabah diri dan melihat kedudukan beliau dalam parti.

TGHA tidak perlu menyalahkan kemaraan Anwar Ibrahim (DSAI) dalam politik negara sehingga mempengaruhi sesetengah pimpinan tertinggi dalam PAS. Beliau perlu melihat adakah stail kepimpinan secara ortodok yang beliau amalkan sekarang masih relevan dengan keadaan politik semasa. Pemilihan YB Mohd Abdul Wahid adalah bukti nyata bahawa PAS tidak mungkin akan dapat menyaingi tokoh-tokoh muda dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lebih terbuka, bermaklumat dan hebat berhujah walaupun kita mungkin boleh memenangi pilihanraya kecil ini.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Apa yang cuba kita tunjukkan melalui suara sebegini? Memang ada nada kecewa tapi takkan lah itu menjadi penghalang untuk kita berjihad? Calon sudah dipilih. Terimalah qada' dan qadar. Ketentuan ALLAH Taala.

    ReplyDelete
  3. Apa yang cuba kita tunjukkan melalui suara sebegini? Memang ada nada kecewa tapi takkan lah itu menjadi penghalang untuk kita berjihad? Calon sudah dipilih. Terimalah qada' dan qadar. Ketentuan ALLAH Taala.

    ReplyDelete