Thursday, January 8, 2009

Bersedia dengan isu

Sekali lagi kita akan berdepan dengan suasana politik yang menggugat keyakinan kita untuk menang terutamanya di Parlimen Kuala Trengganu yang sedang kita hadapi sekarang. Calon 'penyanyi karaoke' BN haprak yang diketengahkan nampaknya berusaha bersungguh sungguh untuk memenangi kerusi tersebut. Pelbagai usaha giat dilakukan untuk memenangi hati pengundi. nampaknya BN benar-benar ingin menunjukkan bahawa mereka masih relevan dengan politik semasa.

Kita doakan supaya tiada lagi pengundi hantu yang datang membantu BN. Itulah saja harapan kita agar tiada lagi tangan-tangan di luar kawasan mengundi hadir memberi bantuan. Namun begitu, kita juga perlu mengelakkan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan kebencian rakyat kepada kita. Apatah lagi calon kita hanyalah calon 'last minute' yang terpaksa diketengahkan gara-gara permasalahan dalaman parti. Oleh itu, sebarang usaha yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat patut dielakkan sama sekali. Tindakan menyekat bas-bas persiaran dan seumpamanya sepatutnya bukan lagi menjadi budaya kita. Kita sepatutnya sedar bahawa kita bukan lagi pembangkang tetapi telah mempunyai beberapa kerajaan. Mentaliti pengganas sepatutnya bukan lagi budaya kita.

Petugas-petugas pilihanraya kita di Kuala Trengganu juga sepatutnya telah bersedia untuk menangkis sebarang isu terhadap parti mahupun terhadap calon kita. Kita sepatutnya telah bersedia dengan isu banglo besar calon kita sehingga melangkaui sempadan tanah kerajaan. Isu banglo besar calon kita ini sepatutnya disedari oleh semua petugas kita supaya kita telah bersedia untuk menangkis isu tersebut bila didedahkan oleh petugas-petugas BN. Tentunya kita tidak mahu dilihat sebagai sebuah parti yang nampak zuhud tetapi berpemimpinkan golongan sukakan dunia. Kita sedia maklum bahawa mereka akan menggunakan isu tersebut bila keadaan semain hampir kepada hari mengundi. Itulah kerja BN.

1 comment:

  1. Calon last minit yang jauh ketinggalan dari segenap aspek. Dah lah tua, dekat rumah sehelai bendera PAS pun tak dipasang! Mana semangat fisabilillah? Dah tua kot. Tak larat nak pasang bendera pun.

    Kalau ada Ahli Parlimen yang mati lagi lepas ni harap ambillah calon yang muda dan professional seperti Syed Azman. Pasti yang muda akan menggegarkan dewan parlimen!

    ReplyDelete