Monday, January 12, 2009

Isu Negara Islam

Nampaknya pimpinan parti kita perlu menyatakan pendirian yang jelas tentang isu penubuhan Negara Islam. Isu ini telah membawa kepada perpecahan dan salahfaham sesama ahli sehingga sudah ada kedengaran di kedai-kedai kopi bahawa ada ahli kita yang meragui keikhlasan pimpinan untuk meneruskan cita-cita tersebut. Ianya semakin berkecamuk apabila sahabat kita dalam Pakatan Rakyat, DAP secara terang-terangan meminta pimpinan kita menyatakan pendirian tersebut dan mengugut untuk menarik diri sekiranya kita masih bercita-cita meneruskan agenda tersebut.

Persoalan besar bagi kita adakah kita perlu parti yang sedemikian yang tidak sama sekali menerima dasar kita? Apakah perlu kita terus menjadi adik tiri dalam Pakatan ini? Percayalah bahawa Allah bersama-sama kita dalam perjuangan ini dan kita tidak memerlukan musuh dalam selimut. InsyaAllah.

1 comment:

  1. Apa jawapan Wahid Endut mengenai masalah ini? Adakah beliau mempunyai pengetahuan tentang Stratergi berpolitik generasi kini? Kalau cuma ada Diploma Perikanan sahaja, memanglah tak cukup ilmu tentang stratergi perang pihak lawan.

    Kemudian, nampak tak bersemangat untuk menang. Atau memang tak mahu menang?

    ReplyDelete